Kelas KDB & Kahoot Pengetahuan Am

15 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2018 – Untuk hari Ahad pada minggu ini, PI Linggi telah mengadakan Kelas KDB (Klik Dengan Bijak) dan Kahoot Pengetahuan Am. Kelas diadakan selama 3 jam bermula dari pukul 10 pagi hingga ke 1 petang dan kehadiran pada minggu ini adalah seramai 10 orang.

Kelas dimulakan dengan sesi KDB iaitu ‘How Secure Is My Password’ ianya bertujuan untuk mendidik peserta mengenai cara yang terbaik dalam membentuk password bagi mengelakkan dari dicerobohi. Beberapa peserta yang tidak mempunyai emel juga turut di ajar cara membuat email dan keselamatan di internet.

Setelah peserta diberi penerangan tentang keselamatan di internet ini, mereka diuji dengan Kuiz Kahoot ‘Klik Dengan Bijak’ bagi memastikan yang mereka benar-benar faham dan ingat.

Seterusnya, memandangkan peserta amat berminat dengan permainan Kahoot ini, kami turut mengajar mereka cara untuk mendaftarkan diri di laman web Kahoot dan cara-cara membuat kuiz yang sesuai dengan usia mereka. Peserta diberikan tajuk ‘Pengetahuan Am Malaysia’ dan mereka diminta untuk mencipta 10 soalan beserta jawapan dalam bentuk objektif seperti format yang ada di dalam laman web.

Apabila semua peserta telah selesai, semua kuiz-kuiz yg telah mereka cipta dimainkan satu demi satu sambil peserta lain berlumba-lumba untuk menjawab. Mereka sangat teruja untuk mengumpul markah tertinggi. Di akhir kelas, peserta yang menang diberikan hadiah saguhati oleh Pengurus PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali